30 October 2011

buddies

semalam..belek2 henpon..tertengok notes dalam organizer..hutang kawan2 pinjam duit dah cecah belasan ribu ringgit..tak nampak tanda2 nak bayar ---> agak sedih dengan keadaan ini..

fikir2 balik..renung2 balik..terkenang saat bersama "kawan2" itu ..bergelak..tersengih2..dan seiring dengan masa, keakraban menghilangkan rasa malu..lalu "kawan2" itu menggunakan lesen "kawan" untuk pinjam duit..sedikit2..hutang ditapuk2..

 ya..hutang..bukan hadiah..bukan cincai2 kira..sebab aku pun bukan golongan petik ibu jari kaki terus duit keluar dari poket..kekadang aku sendiri pekin2..untuk share duit dengan member2..supaya susahnya dapat diringankan..

kini.."kawan2" itu telah lama mendiamkan diri..bukan saja aku kehilangan duit ringgit..tapi aku juga kehilangan kawan2 ---> agak sedih di situ..

tipulah kalau aku tak harap duit belasan ribu ringgit tu dapat balik..tapi itu dulu..

sekarang aku cuba memujuk hati..mungkin itu bukan rezeki aku..

cuma..semoga aku mendapat kawan2 aku kembali..

6 comments:

Deq's Qienz said...

dua2 kita nak kan??nk tlg sb kwn tp last2 tekena..hehee..sabo jer cik syidi ader hikmah tuhh..

::abahsofea:: said...

betul tu Qienz..tp klau masing2 faham erti "hutang" tu senang sikit kan??

sama la jugak erti "penjamin" pun..klau masing2 reti, takdak la penjamin kena bayaq utang orang lain :)

Chenta M.I.A said...

semoga "kawan2" tu terbuka hati tuk bayaq balik hutang2 tersebut....

::abahsofea:: said...

begitulah harapan saya kinah..dulu la

sekarang..saya msg wish hepi sebeday pun tak dibalasnya :)

ruZaNa moHd tHaNi said...

Syidi memang pemurah orgnye...sabar je la, ada hikmah disebaliknya dan insyaAllah diatas pengorbanan ini, rezeki syidi akan bertambah lagi...AMIN

::abahsofea:: said...

terima kasih kak zana..moga kita semua sentiasa dipelihara Allah SWT