20 October 2011

syukran..

Syukran Ya Khaliq kerana Kau Maha Pencipta menjadikan berjuta jenis makhluk tetapi Kau mengangkat darjat manusia bernama Adam, dan aku lahir sebagai keturunannya..

Syukran Ya Aliim kerana Kau Maha Mengetahui umat Nabi Muhammad itu sebaik-baik umat, lalu Kau izinkan aku berada di kalangannya..

Syukran Ya Hakiim kerana Kau Maha Bijaksana memberi kuasa kepada lelaki sebagai pemimpin, lalu aku dilahirkan sejantinanya..

Syukran Ya Muhaimin kerana Kau Maha Memelihara dan meredhai Islam sebagai agama yang benar, dan aku dilahirkan dalam keadaan memeluk agama yang benar..
"..Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras.." [Surah Ibrahim: Ayat 7]