25 April 2012

PTPTN | Gadisworld | Mama Eika

respond dari blog Gadisworld dan Mama Eika

1. Dalam mendapat sesuatu kita terpaksa mengorbankan sesuatu

2. Kerajaan mensasarkan malaysia menjadi negara maju menjelang 2020 dan pra syarat sesebuah negara maju adalah 60% mesti mempunyai pendidikan setidak2nya asas universiti dan setara

3. Untuk mencapai matlamat, kerajaan memperbanyakkan IPTA dan melambakkan IPTS untuk membuka peluang bagi 
a) pelajar pintar yang benar2 berminat utk belajar
b) pelajar pintar yang tidak berminat untuk belajar
c) pelajar kurang pintar tetapi minat untuk belajar dan 
d) pelajar kurang pintar yang tidak minat untuk belajar.

4. Oleh kerana kemasukan ke IPT ini dianggap seperti paksa rela bagi golongan yang tidak minat utk belajar (samada kelompok pintar dan kurang pintar), maka sebagai timbal balik, kerajaan terpaksa menyediakan dana utk mereka 'hidup' di kampus.

5. Maka golongan sebeginilah yang lebih banyak menghabiskan masa membelek gajet hasil duit PTPTN daripada membelek buku ilmiah.

6. Seperti mana virus, golongan ini merebakkan penyakit itu kepada golongan yang mahu belajar pada asalnya tetapi terkena kejutan budaya. Anak kampung yang jarang melihat wang RM100 pastinya teruja bila melihat dalam akaun 'peribadi' ada wang sebanyak ribuan ringgit..

7. Di sini bermulanya krisis..bila mana wang dihabiskan untuk kegiatan tidak berfaedah, masa belajar mula terabai, pointer semakin susut dan akhirnya lulus cukup2 makan belas ihsan pensyarah..

8. Siapa yang mahu mengambil golongan ini bekerja..pengalaman di syarikat konglomerat membuktikan bahawa tiada syarikat yang hendak menggajikan pekerja berkualiti rendah kerana pointer yang rendah menjadi indikator samada
a) pelajar itu lemah mental (lambat pick up, susah nak faham arahan dsbnya)
b) pelajar tersebut ada masalah sikap, disiplin dan moral (main-main, tidak serius)
c) pelajar gagal menguruskan masalah peribadi (mak ayah bercerai, bergaduh dengan pakwe makwe) atau
d) pelajar tersebut ada masalah kesihatan kronik  

9. Jika anda sebagai majikan, golongan mana yang anda mahu ambil utk membantu syarikat anda?

10. Jadi bila lambakan penganggur terhormat dan terpelajar ini terjadi, bagaimana mereka mahu membayar hutang piutang PTPTN dan pada sama yang sama 'bergaya' seperti rakan2 lain yang lebih baik taraf kerjayanya? hatta tengah belajar sudah pandai bermewah2, apatah lagi bila sudah bergelar graduan, mahasiswa..

11. Pada pihak yang berusaha keras memansuhkan PTPTN:
1) tiada sapa yang memaksa anda mengisi borang PERMOHONAN..
2) sebagai orang Islam, hutang tetap hutang..WAJIB dibayar
3) adakah anda mampu untuk menanggung belanja anak anda, anak saudara dan anak jiran anda jika BAJET BELANJA MENGURUS ini dihapuskan
4) kaya sangatkah Malaysia untuk memberi segala2nya dengan percuma? Gunung Emas pun kalau dikikis lama2 habis jua..

12. sudah2lah jadi pak pandir, menang sorak kampung tergadai..

2 comments:

zul said...

saya nak like la...tapi FB xleh buka....sy stuju...kita pk masa depan bkn hok dok depan mata ja....jd try bt loan beli umah...tuk masa depan....hahaha

abahsofea said...

haha..kalau ada rumah sewa nanti senang Eika masuk U pakai loan PaMa ja..0% interest :)