07 May 2012

bersara selesa atau terseksa

1.     Bekerja dan terpaksa bekerja adalah dua perkara yang berbeza.
2.  Bagi yang memang mahu bekerja, mereka tiada masalah untuk datang bekerja dan tiada masalah juga untuk berhenti kerja bila-bila masa yang mereka mahukan.
3.  Bagi yang terpaksa bekerja, mereka terpaksa “sami’na wa ato’na” sehinggalah usia senja menjengah.
4.   Yang makan gaji, automatik makan hati sehingga umur 55,56,58 dan paling canggih 60 tahun. Selepas itu, sisa-sisa hidup yang tinggal itulah diperuntukkan untuk beribadat sambil mengharapkan bayaran pencen (kalau ada) setiap bulan untuk membeli beras, sayur dan ikan. Satu pengakhiran hidup yang agak sadis kan?
5.  Yang bekerja sendiri, mungkin terpaksa bekerja sehingga batu nisan ditempah kerana pendapatan bergantung pada perniagaan yang dijalankan. Ada kedai adalah sumber pendapatan.
6.     Jadi, bagaimana untuk menjadi golongan pertama – memang mahu bekerja.
7.     Jawapan: Tabungan, pelaburan dan pendapatan berterusan
8.     Kalkulator ringkas abahsofea:

“katakan kita mula bekerja pada umur 20tahun dan mensasarkan untuk pencen pada umur 50tahun. kita impikan yang tatkala umur kita mencecah 50tahun 1hari, kita sudah ‘merdeka’ dari perasaan tertekan mengejar ‘punch card’ kalut mengejar ‘dateline’ dan tukang tadah telinga dengar bebelan boss yang panas baran. selama 30 tahun bekerja, kita membelanjakan purata rm3000 sebulan. sekiranya kita merasakan yang kita mampu hidup sehingga umur 80tahun (30tahun selepas bersara) maka secara automatik juga kita terpaksa menyediakan purata rm3000 sebulan untuk menampung gaya hidup yang sama selepas umur 50tahun. ini bermaksud kita terpaksa menyediakan rm1,080,000.00 sebelum kita berumur 50tahun bagi mencapai maksud itu.”

9.     Ini belum dikira inflasi dan susut nilai duit. Cuak jugak kan bila difikir2kan?
10. Disebabkan agak mustahil untuk kita mengumpulkan simpanan bulanan sebanyak rm3000 sebulan, maka kita perlukan instrument bantuan yang lain.
11. Pada hemat saya, pelaburan hartanah boleh membantu sekurang2nya 60% dari sasaran itu.
12.  Kira-kira ringkas lagi:

“katakan rumah kita berharga 130,000.00 dan dengan menggunakan pinjaman perumahan islamik, kadar yang perlu dibayar adalah sebanyak rm670 sebulan selama 30tahun. Kalau kita dapat mendisiplinkan kewangan dan mula membeli rumah terbabit di usia 20tahun, kemudian menyewakan rumah tersebut pada harga rm800 sebulan, ada dua (2) manfaat yang kita akan dapat:
a.     Aliran positif ke poket sebanyak rm130 sebulan (lebihan sewa-bayaran ansuran bank) cuba kira rm130 x 12 bulan x 30 tahun = rm46,800.00! (tanpa mengambil kira dividen 5-6% kalau menyimpan dalam Tabung Haji)
b.     Selepas 30tahun disewakan, rumah terbabit akan jadi milik kita dan harga pada masa itu mungkin sudah mencecah rm250,000.00 (tapi kena ingat, bukan mudah untuk menguruskan rumah sewa untuk tempoh 30tahun!)

13.  Oh ya, kalau anda berjaya memiliki 4 buah rumah dengan teknik sebegini dan paling penting berjaya bertahan dengan kerenah penyewa (lari tengah malam, tak bayar sewa, pintu tingkap pecah, wiring serabut dll) sehingga selesai loan di bank 30tahun kemudian, maka InsyaAllah anda sudah memiliki asset bernilai rm1,000,000.00 (dengan andaian harga setiap rumah mencecah rm250,000.00)
14. Cuba anda tambah rm1,000,000.00 + rm46,800 (lebihan dari sewaan selama 30tahun) = RM1,046,800.00.
15. Itu belum termasuk simpanan peribadi anda selama 30tahun bekerja dan pencen persaraan jika bekerja dalam sektor awam!
16. Nampak mudah kan? Apa pun, kita hanya mampu merancang, tapi Allah Yang Maha Bijaksana menentukan perjalanan hidup kita.
17. Mungkin ada yang mengatakan untuk membeli rumah pada harga rm130,000.00 memerlukan seseorang bergaji tinggi. Hakikatnya saya mula membeli rumah pada harga itu tatkala gaji saya baru rm1,200.00 sebulan!
18. Bank tidak melihat ‘sangat’ gaji anda tetapi kemampuan anda membayar balik. Tambahan pula, kalau anda tidak mampu membayar, bank boleh melelong rumah anda untuk mendapatkan duit pinjaman anda dan mereka masih boleh untung. Berbanding kereta yang saban hari susut nilai.
19.  Apabila sudah ada yang pertama, pasti ada yang kedua (dalam kes ini, saya membicarakan isu rumah/hartanah dan tidak termasuk poligami..hehe)
20.  Apa yang penting, setiap rumah sewa MESTI ada perjanjian bertulis. Dokumen ini boleh menjadi sokongan apabila anda mahu membeli rumah kedua, ketiga dan seterusnya kerana sewaan tersebut akan menjadi ‘side income’ bagi income bulanan anda.
21. Semoga perkongsian sedikit tips ini dapat memberi manfaat.

“Abu Hurairah r.a, berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda: “Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam:
1. Sedekah yang berjalan terus [sedekah amal jariah].
2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.”

2 comments:

dz said...

wah. terus rasa nak beli rumah. tapi degil nih. masih ada satu soalan yang memebelenggu.

abahsofea said...

bagus..bagus..sila tanya sila..