06 June 2012

Jun

Assalamualaikum. Entry pendek serupa bonsai kesinai. tapi hujah lebar merimbun macam pokok kesinai jugak. Jun. Ya, Jun. Bukan Junaidah mahupun Junainah tapi Jun. Bulan Jun!

Awal bulan dah bizi kemain bajet diri tu artis. Retis pun tak sibuk bagai lagu ni..moh usha apa yang bulan Jun dah lakukan pada diri aku yang luhur ni *uweek!

© © © © © © © © © © © © © © © © © ©

1 Jun : Jumaaton 

Pagi ke petang: bekerja dengan penuh dedikasi bersama rakan-rakan warga pustaka. *sambil lagu kami warga pustaka berkumandang..dengaq tak?? huh. 

Malam: sampai rumah lepas megerib, bawak phea dan mama beliau jejalan naik kereta kecil ku berbunyi pon pon..apa kegajahnya jalan tapi naik kereta " .... "


© © © © © © © © © © © © © © © © © ©

2 Jun : Sabtuton

Pagi: keluaq berekpas roti chennai dengan nasi lemak ayam *utk phea tapi last menet dia buat kering tak mau makan..akuuuu jugakk jd tong sampah! Lepas gendang gendut dan suka hati, kami balik ke rumah

Tengahari: ayah dah mesej ajak teman p kenduri..sebagai anak yang anti-kacang lupakan kulit, dengan redha aku p rumah koi 12. Ku ingatkan satu kenduri, rupanya tiga! hambik hang..terus jadi kacang mengomel2 dalam hati..hakhak 

Lepas kenduri kat dewan mrsm, lajak p kenduri taman pasu, pastu amik lap teruih p kenduri padang sera..walhal perut aku dah sumpah seranah takdak tempat nak letak makanan dah..hat berekpas pagi tadi pun tak hadham lagi..

habih bertugas sebagai anak yang suci minyak masak cap murni, aku bergegas ke rumah abang husni kat perumahan uum. takyah guna ayat 'gegas' sangat takpa kot. aku bawak pun relaks2 la sambil dok pikiaq nak boh mana plak la makanan hat abang husni nak jamu nanti..kalau perut aku boleh letak extra tank kat luaq macam ink printer tu takpa la jugak..

sampai rumah abang husni, salam-salam ukhwah, cedok2 lauk duduk sambil baca doa makan dalam hati..sambil makan sambil buat lawak dengan abang husni supaya aku lupa diri yang aku tengah melahap! tau tau ja ..eh habih dah..haha

Petang: pastu binik msg..mak ayah mertua bersama biras dan anak2 beliau tengah tunggu kat rumah..nak ajak konvoi p grik..huhu nak nangih dah masa ni..

abih makan, kali ni gegas betoi betoi balik ke rumah! sampai sana, amik baju sumbat dalam boot keta, terus konvoi masuk heway..orang ramai kemain..cuti skool la katakan..on the way, plan bertukar lagi..ada additional agenda - Ladang Anggur Tasik Beris! buang duit ja sorang rm4 beli tiket, masuk ada 15menet..anggur pun ada seketoi dua ja pasai dah hujung musim..

puas nafsu membeli jus anggur, kami terus kona simpang ke grik..

Malam: berenti makan malam kat seketul kedai makan..area baling..makang-makang lagi *ajaibnya kali ni aku buleh makan lagi then terus masuk heway baling-grik dan check in kat rumah kak tini..lepak2 tengok england lawan mana ntah sampai lena tak sedaq diuntung depan tivi..

© © © © © © © © © © © © © © © © © ©

3 Jun : Ahaddek

pagi: bang nan keluaq beli roti canai dan nasik lemak. mak mertua goreng nasik. *hangpa nie pagi2 dok buat kenduri ka apa ni "getus hati nurani".. sudah makan, depa kata nak p mandi ayaq terjun kat Lawin..pulakk..mujoq aku tak mandi lagi pagi tu sampai aku malu dengan bau badan sendiri..huss huss

sudah mandi, area koi 11, ingat dah ble chow balik jitra..tengok bang det habaq depa ajak p kuala sepetang pekena mee udang..huhu jauh wei! tapi sebagai anak hantu, beras dan selipar duai yang sporting, aku turut tanpa membantah. siap senyum lagi. tapi last-last depa kona tang restoran tasik raban...makan2 lauk pauk kena la dalam rm130..tak tau la murah ke dak pasai hat makan pun 10 dewasa dan 3 kanak2 belum mumayyiz beserta dua bayi nestum :)

tengahari: pas setel semua, babai babai macam tak mau jumpa dah, bang det suruh aku lead konvoi balik jitra..haha pa lagi..kita kasik laju laa..baru cepat sampai! sapa halang, gua langgar! 

petang: on the way tengah2 heway, phea tuntut janji nak p tesco mergong..huhu masa ni aku sebak dan ketat di dada..nak napas pun tak buleh..buang lemak buang negara, kerana kasih aku turutkan juga..

maghrib: tak ble tahan..aku habaq kat bini kata oksigen aku dah tinggal stok rizab ja ni..satgi habih kot tengah jalan, pakat tahan bas la kalau nak balik..sampai koi 8..kalut2 menunaikan tanggungjawab yang telah difardhukan ke atas seorang muslim :p

malam: ayah msg kata nak p kira katerer untuk kawen2 adik aku nanti..kat simpang empat..koi 8.30 dia nak mai amik..huhu nak kata tak larat, tak gamak..maka aku p la jugak..habeh kira koi 11 malam aku balik tapi tak ble lena..badan penat sgt..tau2 ja terus mata shut down!

© © © © © © © © © © © © © © © © © ©

4 Jun : Senayan

Pagi: amik cuti ganti keja jumaat ritu pasai dah tak lalu nak drive..pastu ayah tepon ajak bincang finalize menu dan harga yang katerer habaq semalam..keluaq jugak la..sambil2 p tengok dewan utama tempat nak kawen esok..

Tengahari: drive p simpang empat confirmkan tarikh, menu dan serbamaknenek dengan katerer..siap aku tapau untuk phea dan mama beliau..baik kan aku? heh. lepas antaq lauk, takdan tapak kaki nak lekat dalam rumah, terus drive p bridal hat adik aku pilih..ayah aku nak sembang sendiri dan nak bagitau dia nak majlis lagu mana..ayah aku mmg detail punya orang..kalau jadi boss hangpa, nangih woo..haha

Siap2 sembang, antaq balik..siap dengan manih muka tanya ayah "ada nak p mana2 lagi ka?? idi boleh teman??.." walhal dalam hati dok munajat jangan la perkara itu termakbul. hipokrit kemain..

Petang: rehat sat. pastu lepas asaq bawak phea jejalan pasai sehari dok perap kat rumah macam ayam percik kena perap.. sambil singgah bank antaq agreement rumah sewa hat siap stamping, tiba2, my brother plak msg suruh p rumah mak lepas maghrib, dia nak celebrate besday anak dia kat sana..nahhh habuan la, bateri semalam pun tak fully charge lagi..

Malam: makan2 kek sambil discuss apa yang nak kena cari, bedak2 keja untuk kawen2 ni..tengok jam koi 10..balik rumah. gegas2 solat isyak.nak tidoq tgk lauk beli siang td ada sikit tak habih. nak buang, sayang..nak boh dalam peti ais, tau dah kesudahannya buang jugak. buang karan ja. last2 aku berfikiran kreatif lalu membuangnya ke dalam perut aku. senang. pastu tidoq

© © © © © © © © © © © © © © © © © ©

5 Jun: Salasatun

Pagi: Siap2 pakai baju kacak2 macam aaron aziz, antaq phea p tadika. demit. tutup. huih..tunggu sampai 7.30 tak bukak..tekan minyak laju2 antaq mama phea p reja sambil mulut serupa bertih dah dok berletiaq pasai tadika..aku jugak la kena membela phea nie..haha

dalam keta, phea kata nak makan pulut..tudieen..takkan aku nak tanak pulut plak! bangsa otak cepat tercerna, aku berenti kat kedai makan tepi sungai beli pulut sambal 3ketul..balik rumah, suap pulut kat phea, sambal aku makan.

tengok rumah serupa gua chronicle of narnia dah..laman web di sana sini. nak kata it gajet, ni rumah. sedar dengan hakikat berikut, aku gagahkan diri capai tangga dan mula buang laman web tersebut. 

dah jenih tak ketahuan hala tuju, maka dari satu tugas, beralih pada tugas lain..habih akuarium ikan aku cuci, ubah susunan perabut, sambung cable tivi sampai last2 rasa kenyang dengan habuk.

Tengahari: tukang nak pasang simen mai rumah..sembang2 sat, lepas dia blah, aku masuk mandi then solat zohor..pastu siap2 pakai tshirt I Pangkor, teruih p kedai pagaq..ingat nak kira suruh buat wrought iron..tengok2 harga dekat rm5k..apa kegajahnya pasang gate sampai rm5k..kecewa tapi redha.

Petang: p amik mama phea, tapau makanan kat mahani&johari utk binik buka posa qadha yang terlast, balik rumah..aku & phea sebat dulu..hakhak..lapaq siot..buat keja buruh tapi tak makan nasik..lepas aku solat asaq, tatkala hujan sudah berenti, kami keluaq lagi tengok2 rumah orang dan design pagaq rumah org walaupun duit seketul apa pun takdak lagi..

Maghrib: elok sampai, orang azan..aku makan lagi..teman bini buka posa *haha alasan sungguh kukuh! lepas isyak, aku rasa mcm nak demam, teruih masuk bilik, tidoq tanpa perlu disuruh2..begitulah riwayat hidup aku selama 5 hari pertama di bulan Jun.

p/s: kalau boss aku tanya nanti, aku ingat nak print entry ni ja bagi dia baca..tak larat nak cerita dah..

14 comments:

zul said...

ptt cuti byk ari sgt....pagaq cat wrought iron sdiri la....jimat....

abahsofea said...

Niza: toksah boh pagaq pun tak pa kot no..haha kami mmg cuti rehat + cuti ganti la..

SkinZainol said...

tudia aih....hat bc ni pun rasa penat hat menjalankan tugas apatah lagi syidi noh....

hahahaha.....

abahsofea said...

skinz: haha..tu la noh..sabit tu bila kami kata xmau p outstation boss kena paham, keja kami bukan takat kat opis ja..kalau depa nak suruh p mana2 pun xpa, janji p 8pagi, balik 5petang..balik tu nak buat keja orang lain plak..haha

qaseh_fariza said...

betul skinz..penat baca. terasa bergegas2..hahahaha. tetiba hbs baca n3 ni terus rasa kenyang. full sgtt perut nih...arghhh semput

abahsofea said...

QFariza: cis cis dan cis..haha nak luah perasaan kena la tulih panjang2..haha

Yanz said...

Owh..so suwit. Contoh anak, dedi and hubby yang baik. Penat tak pa..banyak bulih kutip pahala. Alhamdulillah.

abahsofea said...

KY: wahh..lamanya tak muncul..blog baru dah siap? :)

Yanz said...

Belog baru baru dok susun batu bata. Tak siap² dah ghasanya. He3

abahsofea said...

hehe..sebok pa aihh..upah consultant la nak mekap blog..hehe rumah baru bila nak suruh saya p cat ni??

Yanz said...

Ky nak boh kaler oyen (feature hall)kat ruang tamu. Pastu feature hall bilik kaler hijau. Ha3. Cat tak p beli lagi. Cat cap apa yg baguih tapi tak bopa mahai?

abahsofea said...

ha..sama taste la kita..kita boh kaler tangerine oren mix dengan light yellow kat ruang tamu..nampak luas..

KY banyak duit..beli la majestic hat buleh lap2 tu..setin baru seratuih lebih..pasang ruang tamu KY besaq, kena pakai 10tin kot :p

Yanz said...

Banyak duit. Owhhhh..kata² tu satu doa. Alhamdulillah. Mudah² ky banyak duit dalam poket dan dalam bank lepaih neh. Majik..majik.. :)

abahsofea said...

insyaAllah..hanya DIA saja tau betapa 'kaya'nya kita dan betapa 'banyak'nya pinjaman DIA pada kita..

boleh tengok posting baru..tengok & pilih kaler cat dapur anda..haha