31 October 2012

apa nak buat?

assalamualaikum..

cerita duit lagi..apa nak buat kalau tiba-tiba kita ada duit rm100,000.00
 
 
tak kesah la dapat melalui personal loan, mak ayah bagi, wasiat, faraid, jual tanah pusaka atau lebih kejam rompak bank

kalau dapat melalui cara yang tak perlu bayaq balik, mungkin lebih senang nak decide, kan?

kalau dapat secara meminjam dari ah beng, mesti plan betoi-betoi supaya duit rm100,000.00 tu tak menyebabkan kita muflis dan bankrap, kan?

sebab duit yang dipinjam, mesti bayaq balik..dan ah beng sudah semestinya awai-awai lagi dah bagitau pinjam rm100,000.00 kena bayaq bulan-bulan rm888 selama 20 tahun..20 tahun wa cakap lu! tak kira la ah beng itu islamik atau konvensional

jadi, berbalik pada tadi..cemana nak fully utilize 'kemudahan' dan 'kelebihan' dipinjamkan rm100,000.00 tu?

adakah kita patut:
  1. guna duit tu untuk ngorat anak-anak vvip atau anak bapak menteri, pastu kawen dengan dia dan paksa bapak mertua kita tolong bayaqkan installment kita as his menantu bulan-bulan?
  2. guna duit tu untuk beli semua kebendaan yang menjadi idaman qalbu selama ni dan end up serahkan kebendaan idaman qalbu tu kat ah beng untuk dilelong?
  3. guna duit tu untuk setelkan seberapa banyak utang-utang kita yang lain (lagi baguih kalau dapat setel semua) dan fokuskan untuk bayaq kat satu ah beng saja selama 20tahun?
  4. guna duit tu untuk expand lagi hutang-hutang kita dengan cara beli harta dan tanah secara tunai kemudian try refinance balik untuk dapat semula cash! - cara ni agak merbahaya kalau dalam payslip kita tu potongan lebih banyak dari gaji..hehe
  5. simpan duit rm100,000.00 tu dalam tabung haji dan biarkan dia di dalam akaun tersebut selama 20 tahun tanpa terusik - installment bulan-bulan rm888 tu pandai-pandai la ikhtiaq nak bayaq lagu mana..merap duit bini ka, kapok duit pak mertua ka..meniaga cucoq udang ka..haha
  6. invest dalam instrument yang lain konon-konon bole jadikan modal rm100,000.00 tu jadi rm1,000,000.00 dalam masa setahun? it is good to be true, isn't it?
please advice. tengkiu!

4 comments:

Deq's Qienz said...

mak oiii..nak buat apa agaknya..kalo da depan mata tau la nk wat apa..ni xdak xtau la..
hahahaha

abahsofea said...

haha..pikiaq siap2 la Qienz..mana la tau balik nanti laki/ bini habaq kata mak pak dia baru bedak harta pusaka..haha

Mama Eika said...

klu kami la...bayaq abih utang yg ada...lebih 2 klu ckp beli tanah tanam getah beda nak motong 6 7 thn lg..klu tolak utang tinggai seciput simpan lam ASB xpun tbung aji la...

abahsofea said...

Niza: kalau duit free dari reta pusaka xpa la, kalau loan cemana? kalau baru nak beli tanah tanam getah, nak korek mana duit bayaq installment kat bank bulan2 sementara nak tungguh getah buleh toreh?? haha..