29 November 2012

sapiq, sapie dan mayo

assalamualaikum..

semalam kami anak beranak dok depan tv..tengok malaysia lawan laos..hidup mati kena menang..kalau nak try maintain piala la..
 
phea dah sebok tanya pasai nama pemain..tapi dari mula first game aritu sampai la malam tadi player/team feveret phea adalah kaler hijau iaitu pengadil..tanya la team mana lawan pun, dia tetap kata "tim adik kaler ijau.."

jadik, ceritanya semalam dia dah kenal few players:

abah: phea, hat nomot sepuluh tu nama dia sapie..

phea: oo sapie (sebut: sa pi e)
       : hat sembilan abah?

abah : oo..itu mat yo

phea : ha ha ha..mayo (sebut: ma yo)

pastu nak runtuh bumbung rumah masa safiq rahim score free kick..

abah: adik, hat baru sepak masuk gol tu nama dia safiq

phea: oo sapiq (sebut: sa pig)

apa pun, terima kasih sayang sebab teman abah tengok bola sampai abis..sian anak abah sampai tersengguk-sengguk kat sofa.. mama dia koi 9 lebih dah p berhibernasi..


Alhamdulillah, menang jugak 4-1..harap perform better jumpa Indonesia nanti..go sapiq go!

27 November 2012

suka rela (wan) ke gaza

assalamualaikum..

kelmarin masa lunch dengan kawan, ada sembang pasai member dia yang akan berangkat ke Gaza laki bini dan tinggai anak depa yang berumur 4 tahun di sini..

berapa lama p tak tau lagi..tapi aku teruja sebab memang dah lama teringin nak jadi sukarelawan ke Gaza..nak pijak sendiri tanah Palestine, nak tengok sendiri keadaan di sana..

even..aku dah daftar untuk jadi sukarelawan ke sana..sanggup dipanggil bila-bila masa..masa tengok rombongan Flotilla ke Gaza, MV Marmara yang kena serang dengan Israel laknatullah, kapal Rachel Corrie dan Spirit of Rachel Corrie, memang aku harap dapat join..

la ni dah nampak ada jalan..cemana nak capai impian nie..cuma masalahnya, klau nak jadi sukarelawan ke Palestine, kena bayaq rm7500..untuk apa tu tak pasti..tapi terbantut la hajat tu..buat sementara waktu..ada sapa-sapa nak sponsor?? haha 


Dana Sumbangan & Derma
Bank Islam (M) Berhad: 12029010047880
Maybank (M) Berhad: 562263010787
Bank Muamalat (M) Berhad: 12070005133717
RHB Islamic Bank: 21245760004907
Bank Rakyat: 22-080-619592-2
Tabung Wanita & Kanak-Kanak Palestin | Bank Islam (M) Berhad: 1202-9010-0598-95

25 November 2012

Strawberi dari Gaza!

Assalamualaikum..

Bau strawberi kini tersebar dari Semenanjung Gaza setelah ia mula dieksport melalui sempadan Kerem Shalom walaupun dikepung..Allahuakbar!



Dana Sumbangan & Derma
Bank Islam (M) Berhad: 12029010047880
Maybank (M) Berhad: 562263010787
Bank Muamalat (M) Berhad: 12070005133717
RHB Islamic Bank: 21245760004907
Bank Rakyat: 22-080-619592-2
Tabung Wanita & Kanak-Kanak Palestin | Bank Islam (M) Berhad: 1202-9010-0598-95

Palestin oh Palestin!

assalamualaikum..
 
bila menulis tentang Palestin..tentang Gaza..apa yang ada dalam benak aku hanyalah kesedihan..susah..perit jerih..malangnya sebuah bumi yang memiliki tempat ibadat ketiga paling suci dalam Islam terus menerus ditekan..dibuli oleh Yahudi Laknatullah!!

di sebalik kematian dan kesengsaraan, bumi Allah ini masih lagi mengeluarkan hasilnya..tanda Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang..

pun begitu..tuntutan hablum minannas masih menjadi tanggungan kita..Gaza perlukan kita untuk menjadi tulang belakang perjuangan mereka..kalau tidak dengan kudrat, bantulah dengan harta dan wang ringgit..kalau itu pun tidak sanggup, cubalah dengan menyebarkan kempen membantu saudara seIslam kita dan teruskan tekanan pada entiti-entiti Yahudi yang bersarang dalam negara!

Dana Sumbangan & Derma
Bank Islam (M) Berhad: 12029010047880
Maybank (M) Berhad: 562263010787
Bank Muamalat (M) Berhad: 12070005133717
RHB Islamic Bank: 21245760004907
Bank Rakyat: 22-080-619592-2
Tabung Wanita & Kanak-Kanak Palestin | Bank Islam (M) Berhad: 1202-9010-0598-95

21 November 2012

keja gomen

assalamualaikum..
 
hmm..aku perasan sejak aku join gomen lebih kurang 4 tahun lepas, keja gomen nie ada lain macam sikit feel dia..tapi sejujurnya aku rasa keja gomen di malaysia ni yang paling untung kalau tengok dari segi bebanan kerja, gaji dan juga faedah-faedah sebagai penjawat awam (workload, pay out and remunerations)..

memanglah, kadang-kadang kerja mai bertimbun-timbun sampai tak panggung kepala tapi from positive side, apalah sangat kerja menimbun sekali atau dua kali sebulan..hari-hari lain tu kebanyakannya paling-paling maksima pun 4-5jam ja..itu pun gear sederhana ja..kalau betul-betul top speed tu rasanya 2,3 jam dah siap kerja kot..the rest is yours..

pandai-pandai la nak buat apa..nak makan keropok ka, main game ka, layan fesbuk ka, jual kain pasang ka, ngorat awek ka..atau mungkin amik kesempatan nak baca buku atau apa-apa laman yang bermanafaat dan menambahkan pengetahuan..

tapi..orang lain mungkin tak sama mcm aku rasa kot..ini just personal opinion..although dipertanggungjawabkan untuk few AJKs tapi still rasa feel 'sibuk' tu tak sama macam di umw dulu..mujur la dah start training 'mode gomen' masa di dxn dulu..so tak la culture shock sangat..hah hah hah

apa pun..syukur dengan 'kemudahan' nie..cuma kadang-kadang insaf aku bila tengok orang yang berpanas berhujan mencari sekupang dua untuk dibagi makan anak bini..depa jauh lebih baik dari aku..ini pun personal opinion jugak..

18 November 2012

9 hari

assalamualaikum..

alhamdulillah..dah selamat masuk opis selepas cuti 9hari..sat pulak rasanya..best klau ble tambah cuti 90 hari!

rombongan bertandang ke Teluk Intan dah selesai..

balik tu..rest sehari pastu berkonvoi ke CH pun selesai..

balik tu servis mioih black sophea jane pun dah selesai..rabak rm450 (..normal servis je tu!..)

kenduri berkhatan anak abg lan media pun berjaya attend..di samping lawatan sosial ke rumah tok&wan dan ke rumah pak jang..

cuma..nak kata really enjoy pun tak jugak..entahlah..selama cuti 9hari nie aku mcm 'lost' something..tak enjoy pun cuti nie..

rumah kat bukit raja dan dataran otomobil ada org dah merisik..cuma aku dh jemu sebab risik tapi senyap sunyi pastu biaq aku tertunggu-tunggu..walhal aku bukan desperado sangat nak jual..

lagi tak best..sewa rumah dataran otomobil untuk bulan 11 ni still belum bank-in..gila ka hapa kompeni ni..dah 18hb nie..klau ikut contract of agreement mmg layak sgt kena saman nie..dah breach of contract..dalam agreement kata setiap 1hb..selama ni pun asyik terbabas tapi paling lambat sampai 11hb ja..tak la mcm nie..

kalau telefon, gerenti depa bagi alasan public holidays aritu yang menyebabkan payment delay..

kadang-kadang, kerenah mcm ni la buat aku tawar hati nak hold rumah shah alam tu lama-lama..payah oo monitor rumah sewa dari jauh!

tapi tu la..shah alam la ni makin canggih..i-city tu siap ada rumah salji, wetworld bagai..mmg untuk long term investment ada good prospect la..cuma takut jantung aku tak cukup kuat ja nak hold lama-lama..haha

aku ingat..klau dah jual dua-dua rumah tu, aku nak guna profit margin yang tak la banyak mana tu untuk setelkan ptptn dan hutang kelisa..the rest tu maybe bayaq installment mioih untuk 2 tahun ka..boleh la aku tarik nafas sket..sementara nak tunggu sah jawatan (..kalau org nak sahkan la..haha..)

07 November 2012

tak lambat dah..

assalamualaikum..

esok hari last keja..hoho pastu cuti 

tapi..tak la cuti sangat..pasai dah ada kerja menanti..lagipun dah terima questionnaire untuk distribute..pas buat survey kena submit..dateline sebulan dari sekarang..so target by end of first week of disember'12 dah selesai submit..research cover area uum, unimap, uitm arau, uitm merbuk dan insaniah..

uum tak nampak masalah sangat..unimap pun boleh la tebal-tebal muka..uitm merbuk ble paksa at..uitm arau dengan insaniah ni ada sedikit problemo..tp takpa lah..dah diamanahkan..maka akan cuba tak nak upset beliau

kenduri pun boleh dikatakan selang sehari sepanjang tempoh seminggu cuti..itu yang jemput direct..kalau melalui mak atau mak mertua tu wallahua'lam lah..

balik kenduri teluk intan, rest sehari pastu konvoi ramai-ramai..target tu nak bermalam satu hari saja..tapi tak tau la tentative lain lepas bermalam 12hb tu..yang pasti kena sampai sini paling lewat malam 13hb sebab 14hb pagi tu nak kena servis mios..

dhowi plak telefon..cakap ada orang nak merisik rumah di bukit raja dan shah alam..terpulanglah..kalau ada rezeki, depa nak beli, tak dak masalah kalau nak jual..rumah pun dah lebih 5tahun beli..tak kena RGPT dah..kalau tak jadi beli pun, so far dua-dua tenant bagus..bayar tiap-tiap bulan walaupun yang shah alam tu selalu terbabas dari tarikh yang dijanjikan..tak kesah laa.janji bayaq.. 

kerja opis pun banyak yang dah setel..harap-harap esok last day tak la tetiba mai kerja baru yang banyak sangat..walaupun kebiasaannya begitu..

harap-harap semua berjalan lancar..amin

04 November 2012

selesai sudah..

assalamualaikum..

alhamdulillah..selesai dah the busiest part..kenduri kawen semalam berjalan smooth..cuaca pun cantik..kehadiran pun ramai..rasanya untuk staf library, more than 80% turn out..terima kasih banyak-banyak..hilang penat mengemas dan mengadjust dewan..

so jumaat nie turn bertandang ke teluk intan pulak..kenduri hari sabtu..pas kenduri balik umah sat..rest sehari then konvoi beramai-ramai plak..balik konvoi, servis black sophea jane (si mios) pastu insyaAllah akan cuba attend kenduri berkhatan anak staf..musim kenduri dah tiba :)