13 October 2015

Seri Azzalea Homestay, Bandar Darulaman, Jitra

Assalamualaikum..

Kerja-kerja renovasi, menambah baik dan menyerikan Seri Azzalea Homestay sedang rancak berjalan. Ada yang tanya, "awat kena perabih duit buat itu ini bagi elok, nak buat homestay ja pun.."

OK jawapan aku simple:
1. kita nak buat bisnes untuk long term..nak pelanggan suka dan datang balik, jadi wajib (bagi aku) untuk buat sehabis dan secantik mungkin..bisnes akan sustain dan berjaya bila ada repeat sales/customers

2. prinsip hidup aku adalah aku nak layan orang dengan cara aku sendiri suka dilayan. Jadi aku letakkan diri aku sebagai pelanggan yang sudi letak duit, bayar untuk menginap dan nak something in return..bukan sekadar datang tidur, mandi pastu check out..kalau boleh ukhwah mau berterusan..jadi kawan

3. bagi aku juga, tak dak rugi buat elok sikit sebab kot mana pun itu rumah aku, aset aku..jadi bila esok-esok nak refinance/jual pun value ada up sikit

harap-harap projek dapat disiapkan dalam minggu ni walaupun aku punya observation macam nak overdue ja..lepas ni baru boleh upload gambar

Dalam fesbuk pun dah siap page atas nama Seri Azzalea Homestay, Bandar Darulaman, Jitra. panjang bebeno nama but yes, intentionnya adalah untuk jawab sebelum pelanggan tanya..tak nak nanti among the Qs "lokasi kat mana", "takde alamat pun" etc etc



kalau sapa-sapa yang baca posting ni, jemput like page Seri Azzalea Homestay ye..macih!

05 October 2015

Impian: Seri Azzalea Homestay

Assalamualaikum..

Sesungguhnya perancangan Allah Maha Hebat! Aku sendiri tak sangka yang impian untuk menyediakan perkhidmatan homestay dapat dilaksanakan secepat ini..tapi siapa aku, untuk menjangka sesuatu di luar jangkauan pemikiran logik akal manusa

Alhamdulillah, secara rasminya Seri Azzalea Homestay, nama yang aku simpan sekian lama, akhirnya akan beroperasi dengan izinNYA pada 15.10.2015 ini..

bunga kegembiraan hadir awal bila mana ada hamba Allah dari Putrajaya (en shukri ke namanya) nak book pada 30 September, 1 dan 2 Oktober tetapi terpaksa aku tolak sebab standard homestay belum sampai ke tahap yang aku inginkan..nak bagi orang duduk selesa, berbaloi dengan bayaran mestilah perlukan sedikit renovasi dan dekorasi.

Doakan aku & homestay..Bismillah


setakat ni iklan hanya dalam mudah.my dan ibilik.com

pages dalam FB jugak dah standby, cuma tunggu homestay siap direnovate baru nak upload gambar dan promote pada kawan-kawan yang sudi..