07 August 2011

diri seorang saya: part II

saya semakin lali dengan dugaan ini..walaupun saya letih, saya pressure..mungkin saya mengalami simptom darah tinggi..tapi saya tahu sia2 saja saya berasa semua itu..kerana apa yang pasti saya wajib mengharungi dugaan ini..tiada ruang untuk melepaskan diri..

saya cuba optimiskan diri..walaupun diasak dan didesak secara tidak langsung, dititipkan tugasan2 luar hakiki..saya masih gagah tersenyum..biar semuanya terpendam dalam hati sahaja..walaupun hak saya dinafikan..walau etika saya dimomokkan..biarkan..biarkann..

syukur..rakan2 sepejabat masih boleh berkompromi..maka adalah sedikit ruang untuk bernafas..sedikit cahaya dalam kegelapan..apa yang perlu saya buat sekarang adalah memberikan mereka kepercayaan..untuk meneruskan apa yang telah dipraktikkan selama ini..saya cuba, memberikan yang terbaik..untuk kami semua..

hidup tanpa diuji mungkin istidraj'..jauh dari kasih sayang Allah..maka saya terima ujian ini..asalkan saya mendapat pandangan rahmat dariNya..faham saya, biar susah sementara, paling lama 80-90 tahun sahaja..selepas itu hilanglah sengsara, moga saya akan bergembira di sana..sana yang abadi..

tatkala menulis..bumi bergegar..mungkin bumi juga sedang teruji...Wallahua'lam

03 August 2011

diri seorang saya = ='

hari ini saya rasa kecewa..kalau bukan sepanjang hari pun, setidaknya petang ini..kecewa dengan diri sendiri..tugas sekecil ini pun tak mampu saya sempurnakan..

jujur saya katakan..saya sangat letih..letih melayan kerenah manusia..mengemis meminta tolong sedikit kerjasama..sedikit rasa belas..bukan atas urusan peribadi..tapi semuanya tugas hakiki

saya penat..sangat penat..diasak dengan birokrasi selama 2minggu..kemudian masuk ke office..cuba memberikan yang terbaik..demi kegembiraan & kesenangan semua..

tiba-tiba..turun lagi arahan..seolah-olah tiada lagi mangsa lain yang boleh diperkudakan..

atau saya seorang lembik yang senang dibuli..
mungkin juga seorang yang dianggap mudah bertoleransi..

tapi..kalau keterlaluan..
batu yang keras pun boleh hancur..
pisau yang tajam pun boleh tumpul..

saya masih merindui..
erti persahabatan yang sebenar..

02 August 2011

ramadhan

at last..part aku tak suka yakni 3 in 1 (kursus+assignment+exam) dah lepas..rasa mcm boleh lepas..tapi soalan spot satu pun tak keluaq..hmm biarkan..biarkan..barang yang lepas jangan dikenang..

part repay "kesabaran" phea selama 2 minggu pun dah setel..dah bawak dia p waterpark @ bukit merah..2 jam jugak la berkubang..dengan aku sekali! hehe..

part mencabar seterusnya..masuk opis lepas 2minggu..kerja berlungguk as expected..email dekat 500..+ email rindu2an ketua jabatan..mengarahkan itu dan ini..hmm

ketua bahagian dah selamat bercuti..untuk 3 bulan yang akan datang, aku sendiri2 mencaturkan perjalanan bahagian..dengan beban kerja super mega yang dititipkan.. perghh..pening..tak tau nak mula yang mana satu..semua urgent..semua top priority..

AR tepon..cakap "kamu tak dapat elaun tanggung kerja sebab big boss cakap sama bahagian.." aku cakap "OK"..mmg aku tak terfikir nak claim pun..walaupun dalam kursus cakap itu hak aku..lantakla..dah big boss ckp tak payah, so tak payahla..lagipun benda nie semua atas budi bicara dia..haha (habes plan nak menyoping!!)

persoalan terbesar.."mampukah incik aku menyetelkan semua ini tanpa sebarang masalah??"

sampai saat ini..aku masih cuba menghabiskan hari seperti biasa..walau keadaan agak luar biasa..


apa pun..syukur Allah beri aku peluang merasai nikmat ramadhan tahun ini..semoga aku dapat menjadi yang terbaik, melebih ramadhan2 lain yang telah aku tinggalkan..