07 July 2009

malberi ke mulberi??

Orait..this time aku nak share about my extra-curricular activity sejak akhir-akhir nie..actually aku ada JV with my sister-in-law (untuk Eng sahaja: wa punya bini punya mak punya anak) , graduate from Institute Pertanian untuk pasarkan benih pokok malberi @ mulberi @ mulberry kepada peminat2 dan juga tokey2 yang nampak potensi pokok nie..actually pokok nie banyak tumbuh atau ditanam di kampung2 cuma tak ramai sedar apa yang boleh dilakukan dengan buah & juga daun pokok nie..so amik kesempatan sket..hehe..nak promote benih pokok nie yang tersangatla mudah nak dijaga..sesapa yang berminat boleh roger2 @ 012 2545978 for these pokoks..rm7.00 sebeg + penghantaran percuma ke lokasi2 terpilih..

& this info is for those yang interested untuk mendapatkan additional info or knowledge..sesapa yang tak minat tu boleh teruskan ke artikel seterusnya..enjoy reading & learning!!!

Ulat sutera
(Bombyx mori, Latin: "ulat sutera pokok mulberi") adalah larva kupu-kupu yang amat penting bagi secara ekonomi bagi pengeluaran sutera. Makanan ulat sutera hanyalah daun mulberi. Ia berasal dari utara China.


Ulat sutera mempunyai nafsu makan yang besar. Ia makan daun siang dan malam berterusan. Dengan itu mereka cepat membesar. Apabila warna kepala mereka bertukar menjadi gelap, ia bererti masanya sudah tiba bagi mereka bersalin kulit. Selepas bersalin kulit sebanyak empat kali, badan mereka menjadi kekuningan dan kulit mereka lebih ketat, yang menunjukkan tanda mereka akan membalut diri mereka dengan benang sutera.

Sutera
Ulat sutera menghasilkan kepompong daripada sutera mentah. Kokun ini dihasilkan daripada sehelai benang sutera mentah sepanjang 300 hingga 900 meter (1000 hingga 3000 kaki).

Sekiranya ulat bulu dibiarkan mengigit keluar daripada kepompong secara sendiri, benang akan dipotong pendek dan sutera menjadi tidak berguna, dengan itu kepompong ulat sutera akan direbus untuk membunuh ulat sutera dan memudahkan penguraian benang sutera. Ulat sutera itu sendiri sering kali dimakan.

Kupu-kupu dewasa yang dibela untuk penghasilan sutera tidak boleh terbang. Ia juga dikenali sebagai kupu-kupu sutera atau ulat sutera mulberi. Disebabkan sejarahnya yang lama dan dan kepentingan ekonomi, ulat sutera genom telah menjadi tumpuan kajian moden.

Sejarah
Di China, terdapat lagenda bahawa sutera yang didapati dari ulat sutera disedari oleh maharani silam bernama Xi Ling-Shi (bahasa Cina: 嫘祖; pinyin: Léi Zǔ). Dia sedang bersiar-siar apabila dia menyedari kepompong ulat sutera. Dia menggunakan jarinya untuk menyentuhnya, dan menakjubkan, selembar benang terkeluar! Apabila semakin banyak keluar dan membaluti disekeliling jarinya, dia perlahan-lahan berasa panas. Apabila sutera itu habis, dia melihat kepompong kecil. Dengan serta merta dia menyedari bahawa kepompong itu merupakan sumber sutera. Dia mengajar hal ini kepada semua orang dan ia merebak. Terdapat banyak lagenda lain mengenai ulat sutera.

No comments: