28 June 2012

bahagia

assalamualaikum. kata orang, bahagia nie subjektif. 

ada yang kata, bahagia bila kita dapat semua yang kita nak. rumah cantik, kereta besaq, anak cerdik dan duit berkepuk-kepuk kat bank. senang cerita, tolak semua duit orang kat bank, itu lah duit dia! 

ada juga kata bahagia nie bila kita rasa gembira hari-hari. tak dak sesaat pun dalam hidup kita bersedih, tertekan apatah lagi menangis bagai sinetron bawang putih bawang merah..

ada pula yang berpendapat, bahagia nie bila hidup tak dibelenggu hutang. dapat gaji bersih bulan2..boleh beli apa yang kita nak..kira p bank tu just utk keluarkan duit, bukan untuk bayar hutang

dan..mungkin ada yang kata, biarlah harta tak dak, keta jalan laju gila mcm sifut vavi, anak-anak berotak sederhana tapi dalam masa yang sama jiwa tenang. hidup rasa santai. anak bini semua berakhlak baik. itu tafsiran bahagia.

entahlah..lain belalang lain cara lompatnya. terserah, bahagia macamana yang kita nak cari.

8 comments:

Anonymous said...

For me..kebahagian hakiki adalah ketenangan hati. Tak payah pikiaq pasai pa org kaya..banyak duit..aku semekin..tak payah sangka buruk kat org..tak payah nak dengki²..lagi penting jangan bersangka buruk dengan Allah. Terima lah dugaan hidup dengan redha. Walau ribut topan yang mai sekalipun..insyaAllah..masih mampu tersenyum.

-KY-

abahsofea said...

setuju dengan KY..saya prefer TENANG dari SENANG :)

Anonymous said...

Allah kata kena doa, usaha habis²an baru tawakal. Kalu kita nak something, tak bulih la menyerah camtu ja dulu kan abah. Lepas doa dan usaha sungguh²..baru tawakal. Allah tak kan aniaya hamba dia. Kita yang dok aniaya diri sendiri. Ni peringatan untuk diri sndiri jugak. Huhu

abahsofea said...

betul..kadang2 doa kita disambut dengan ujian..Allah tahu setiap ujian itu mampu dihadapi oleh kita..

lagipun, Allah berfirman "oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.." [an-nasr: ayat 5]

wallahua'lam :)

gadisworld said...

Bahagia mmg subjektif..bg as plak bila family saling menyangi,suami,anak sihat,ekonomi sederhana dan workstation tenang n x stress ngan kerja n persekitaran kerja mmg best..

Tp apa2 pun ia bertitik tolak ngan diri n iman di hati gak kan..

abahsofea said...

betul As..haji ramli tokey nasik kandaq penah kata kat saya suatu malam (pesanan almarhum ustaz dia), bahagia ni ada 3 benda:
1. bila kita dapat buat benda yang kita suka
2. bila kita ada keluarga yang hormat & sayang kita
3. bila ada kawan bergelak ketawa di kala suka & duka

luas betul definisi bahagia kan?

Deq's Qienz said...

ermmm..xtau nkkomen gena, kdg² rasa bahagia, kdg² tak jugak..hehee

P/s : DQ n family p mengai kat chalet terapung merbok..hehee

abahsofea said...

OK la tu DQ..ada orang langsung tak pernah hepi seumur hidup dia..

kaya DQ ada chalet terapung..huhu