26 July 2012

adakah kita di kalangan mereka yang bersyukur?

assalamualaikum. alhamdulillah rasanya ramai yang dah dengaq pengumuman PM berkenaan bonus 1/2 bulan gaji atau minimum rm500 kepada penjawat awam..orang pencen pun dapat rm500..

pada yang tak suka pada kerajaan sekarang, akan keluarlah ayat-ayat "gula-gula pilihanraya" dan sewaktu dengannya

pada yang menerima kerajaan memerintah sekarang dengan baik, mereka pastinya gembira..sekurang2nya lepas sudah belanja baju raya anak sorang sepasang..silap2 dengan bajet duit raya sekali..

tak kisahlah kita di pihak mana pun, menyokong atau membangkang, kita wajib yakin bahawa setiap yang baik itu datangnya dari ALLAH S.W.T! maka pada pandangan aku, bonus nie walaupun datangnya dari PM & kerajaan Barisan Nasional tapi yang menggerakkan hati mereka adalah Allah Pemilik Jiwa Seluruh Alam..

jadi, jom kita raikan pemberian bonus itu dengan bersyukur padaNya..atas limpahan kurnia dan rahmat yang tidak pernah putus..walaupun kita bukanlah seorang hamba yang taat, baik dan terpuji akhlak, DIA terus memberi dan memberi..benarlah sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah dan Maha Penyayang!

belanjalah duit bonus tu sebaik2nya..jangan dibazirkan pada yang tak perlu macam membeli mercun dan bunga apa (yang sejak dulu aku nampak macam membakar duit sendiri)..lagipun kalau putus tangan tak berbaloi plak mak jemah oooi!!!!

bershopping raya itu boleh malah digalakkan kita memakai baju baru, bersih dan wangi di pagi 1 Syawal..sebab Allah itu indah dan Dia suka pada keindahan..cuma berpada-padalah..jangan leka bershopping sampai membazir..beli 4,5pasang baju..last2 tergantung dalam almari..


ada eloknya kita gunakan kesempatan yang ada, tatkala bulan Ramadhan menjanjikan pahala berlipat kali ganda dengan menginfakkan sedikit bonus itu pada golongan fakir dan miskin..rasanya di Malaysia & di Kedah khususnya banyak lagi 'ruang' dan 'peluang' untuk kita mencari orang-orang sebegini..kalau tak dapat bagi separuh dari bonus kita, 1/10 pun jadilah :)

8 comments:

Mama Eika said...

btoi2...duit byk mana pun mkn abis gak...sedekah skit beda mkn kat akirah nnt...

Deq's Qienz said...

alhamdulillah syukur. rezeki Allah beri..

abahsofea said...

niza: baguih..baguih..biasakan mendidik diri kita supaya ringan dalam hal-hal kebajikan :)

abahsofea said...

DQ: Alhamdulillah..syukuri segala nikmat yang Allah pinjamkan..ingat 5 perkara sebelum 5 perkara :)

Anonymous said...

Patutlah rasa nak skodeng belog ni. Ada orang sebut nama mak jemah rupanya. He3
Belanja secara berhemah, ingat lah susah payah orang Somalia yang tak cukup makan, ingat kepayah etnik Rohingya dan penduduk Syria yang menderita kerana perang. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada dan bersyukurlah jadi rakyat Malaysia. Thank you Allah.

abahsofea said...

tudieen ayat mak jemah!

kalau tak insaf lagi tak tau lah mak jemah ooii.. :)

tips nak berjimat ketika berbelanja di bulan ramadhan:
1. print gambaq anak2 somalia then boh dalam wallet..masa nak buka ambik duit tu tengok gambaq depa dulu

2. pelekat gambaq keluarga daif berbuka posa kat peti ais dan kat dinding dapoq..masa nak masak lauk tu boleh belek sambil2 :)

gadisworld said...

mmg rezeki..alhamdulilah..tapi bonus tu bonus gak jangan dilupa orang yang memeerlukan kan..

abahsofea said...

sokong As!

tiap kali kita dapat bonus, kita jangan lupa bagi bonus pada orang yang memerlukan

tiap kali kita naik gaji, kita jangan lupa naikkan zakat dan nilai sedekah kita

wallahua'lam :)