25 October 2012

bz (malas)

assalamualaikum.

sesudah 3minggu tak hapdet blog, rasa malas itu makin menebal setebal lemak-lemak tepu yang melilit tubuh badan..heh. itulah bahana emosi yang tak stabil.

sesudah mengejoin diri dalam Simulasi Pencahayaan Bangunan PSB dulu, aku dijangkiti sindrom malas..aku bukan takdak benda nak tulis, memang banyak berkajang-kajang tp aku lebih suka bermonolog dalam hati atau berangan ketika mandi dari meluahkan dalam blog nie.

 ustaz iruan, ustaz helmi salam dan abahsofea
belakang tu ustaz izhar dan syeikh zuki

Sebab. blog ini bukan diari peribadi yang aku sorang ja boleh tulis dan baca. Jadi mengenangkan banyak benda yang jadi adalah bersifat peribadi, makanya selayaknya hanya hati aku yang boleh menyimpannya. boleh ayat lagu tu? 

periksa phea dah habis, konvo dia pun dah setel dan result dia pun dah keluar..Alhamdulillah untuk seorang budak berumur 3tahun yang seat for paper budak 4tahun, aku bersyukur dengan kebolehan dia:
    • Sains & Teknologi         : 94 (A)
    • Bahasa Inggeris             : 94 (A)
    • Bahasa Melayu              : 88 (A)
    • Agama Islam                 : 88 (A)
    • Sains Kognitif & Fizikal : 93 (A)
    • Hafazan Doa                  : A
    • Hafazan Ayat Lazim       : A
    • Rukun Islam & Iman      : A
    • Kekemasan Diri             : A
    • Kepimpinan                   : B
    • Kreativiti                       : B
    • Tumpuan Dalam Kelas   : B
    • Pergaulan                       : A

haha..mungkin phea kurang dari aspek kepimpinan sebab dia suka mengarah dan bukan memimpin..kalau dia suruh buat apa-apa, mesti budak umoq 6tahun pun ikut..mungkin itu dikira membuli kot..haha 

kreativiti? rasanya phea nie pandai melukis dan mewarna, cuma dia tak suka orang suruh-suruh..kalau paksa pun dia akan buat cincai-cincai..sebab malam-malam klau dia buat homework, tgk cantik ja dia warna, tak keluaq garisan pun..

tumpuan dalam kelas? ya..setuju dengan markah cikgu sebab dia suka main-main..entah cemana la cikgu-cikgi melayan kerenah dia..tahap kesabaran kena tinggi nie..aku pun kadang-kadang tak terhandle..haha

OK done with sofea. sedaq tak sedaq, dah nak raya haji esok..hari nie (as usual) VC bagi balik awai..so plan tu nak p cuci black sophea jane hat dah belemoih tak sangga tu dengan p post office beli sampul pos laju..ada dokumen nak dikurier ke KL

minggu depan dah kenduri ziana..kad baru selesai diedar. alhamdulillah walaupun last menet..week after ke teluk intan dan tu merupakan minggu cuti bagi aku..9 hari beb! haha

planning lain?

- tebas semak samun di kebun dan pruning pokok-pokok buah then advertise 'for sale' - tukang kebun merangkap broker?

- mula menjelajah ke uitm merbok, uitm arau dan unimap perlis serta uum sintok untuk conduct research - ya, I am the RA for one of  timbalan pengarah di UUM nie..(unofficial kot sebab takdak surat pun..)

- habiskan assignment member untuk submit draft 16hb November nie..dateline bulan disember - unofficial & unregistered student 

- tunggu keputusan mesyuarat Lembaga Pengurusan Universiti (LPU) untuk further study - part-time student wannabe?

- reformat pc kat rumah, reconnect internet and mulakan apa yang dah diplan lama dulu 

bz memang meletihkan tapi seronoknya sebab masa tu laju ja sampai tau-tau dah nak sambut hari tua hujung tahun nie :)

No comments: