28 June 2012

bahagia

assalamualaikum. kata orang, bahagia nie subjektif. 

ada yang kata, bahagia bila kita dapat semua yang kita nak. rumah cantik, kereta besaq, anak cerdik dan duit berkepuk-kepuk kat bank. senang cerita, tolak semua duit orang kat bank, itu lah duit dia! 

ada juga kata bahagia nie bila kita rasa gembira hari-hari. tak dak sesaat pun dalam hidup kita bersedih, tertekan apatah lagi menangis bagai sinetron bawang putih bawang merah..

ada pula yang berpendapat, bahagia nie bila hidup tak dibelenggu hutang. dapat gaji bersih bulan2..boleh beli apa yang kita nak..kira p bank tu just utk keluarkan duit, bukan untuk bayar hutang

dan..mungkin ada yang kata, biarlah harta tak dak, keta jalan laju gila mcm sifut vavi, anak-anak berotak sederhana tapi dalam masa yang sama jiwa tenang. hidup rasa santai. anak bini semua berakhlak baik. itu tafsiran bahagia.

entahlah..lain belalang lain cara lompatnya. terserah, bahagia macamana yang kita nak cari.

26 June 2012

hidup mesti terus

assalamualaikum. walaupun bulan jun dekat nak abes, tapi sibuk aku tak abes-abes.. kepalotak pun dah bercelaru..banyak agenda dan impian yang belum setel..aku pun heran, apa yang aku rush lately..hmm

sofea demam plak. tabiat tak-mau-pi-tadika makin menjadi2..semalam dia request dok umah tok dia kat kampung. malas nak tambah serabut, aku packing barang & drive balik jugak..walaupun badan letih ya amat

bini pulak dapat transfer ke Jitra..so otomatik lepas ni kena cari tadika baru untuk phea..then pepagi kena keluaq awai sket coz banyak hentian nak kena drop dan banyak traffic light kena lalu lalang!

walaupun elaun COLA bini dah dipotong rm100, tapi kos tol aku pun dapat dijimatkan lebih kurang rm100..cuma dah tak praktikal kalau nak drive berasingan..sebab bila sehala, wajibulqhunnah la untuk kami p sekali..kot? 

umah aku dah 95% setel..umah ayah pun patutnya dah 90% setel tapi since dia p naik tembok belakang plak, maka aku jugaklah nampaknya nak kena mengecat nanti..umah banglo biras kat taman keruing pun dah dapat kunci, tunggu dia hello hello kalau nak cat..umah mertua aku tinggai pasang tiles, then boleh mula cat ---> heran noh! awat sejak 2 menjak nie aku reja main cat! haha..

tapi, aku tak kesah kalau dapat gaji lagu la tapi reja aku hari-hari mengecat ja..penat memang penat tapi otak free..sambil buat reja sambil sembang, sambil pikiaq plan2 lain..sempoi sunggoh..feel dia tu memang tak sama dengan reja opis..

21 June 2012

majuk!

assalamualaikum. kekadang aku hangin jugak satu badan dari ubun-ubun sampai hujung kuku jari kaki. hangin dengan phea. balik keja penat-penat, drive jauh-jauh balik umah dia buli aku lagi..siap order nak p tesco la nak main playground kat mcdonalds pacific la padahal depan umah aku terbentang bapak playground lagi!

sekali-sekala aku potpetpotpet dia protes..siap amik pensel lukis orang kat dinding lagi. dah ghupe gua zaman neolitik dah rumah aku. huhu.

kekadang tu, dia siap jeling-jeling dengan ekoq mata lagi bila aku tegoq dia..pastu setengah hari memang dia buat donno ja kat aku..aku cakap apa pun dia buat tak tau ja..aku tengok dia kecik besaq kecik besaq ja..haha

tapi..bila kenang-kenang balik, aku dulu pun pernah susahkan hati mak ayah aku. hati mak aku je kot..

ada sekali tu, aku balik rumah dah tengahari..ralit main bola dari pagi sampai nak masuk zohor..liga kampung la katakan..sampai rumah, mak aku berletiaq tak mau-mau..hati aku keciwa. main bola je kot. marah serupa aku curi tshirt jiran sebelah rumah.

menyebai. aku lari deras-deras sambil menyeka air mata yang berguguran. siap fikir bukan-bukan..mungkin aku ni anak angkat sebab tu mak tak sayang aku..siap bermonolog dalam hati lagi. huss merapu betul masa tu..

tapi lari pun tak jauh pun. belakang rumah ja. tapi dek kerana aku comel dan masa tu ayah menternak semak, jadi kedudukan aku agak terlindung dari pandangan dan pencarian "musuh"..*berangan main kombat plak

dalam pada tu, matahari dah tegak ataih pala..rasanya dekat 2jam aku sembunyi tepi semak tu..pastu dengaq mak kata kat ayah "..mana la idi ni pi..pi la cari dia sat, kot dia lari p dok kat padang bola kot.."

hati dah berbunga..memang confirm aku anak mak. bukan anak angkat macamana hati aku berdrama..sebab mak dah risau bila aku hilang..

tiba-tiba aku dengaq ayah jawab dengan sangat kool "..ala, biaq p la kalau dia nak lari pun..tak balik pun tak pa..dah letih satgi reti la nak balik.."

sob-sob..air mata sudah mula memenuhi takungan lubang hidung. menjadi hingus yang mengetatkan saluran pernafasan. gamak ayah..huhu

last-last adik aku jumpa..teruih dia menjerit "..mak, abang idi ada kat sini.."

maka kantoi la aku..dan kekantoian itu menyebabkan aku lapar lalu masuk rumah untuk makan nasik..

mak tak cakap apa..dia tengok ja kelaku aku sambil senyum..

ayah plak purak-purak baca paper..pastu teruih dia masuk bilik & tidoq..

petang tu, ayah ajak aku naik moto..ronda-ronda..maka hilang sudah merajuk aku!

haha..bapak huduh perangai! tapi bila kenang balik, itulah hati seorang ibu :)

p/s: mak kata, memang dari kecik aku ni feveret bab-bab lari dari rumah ni..asai kena marah ja lari dari rumah..tapi dulu masa kecik lari pi rumah pengasuh je la..selang 6,7rumah dari rumah mak..

19 June 2012

phea

assalamualaikum. dah lama rasanya tak tulis pasai phea. walhal dulu kemain buat blog kunun-kunun nak cerita pasai phea. last-last banyak menyimpang ke lain. siap ada tulis pasai resepi lagi. kegajahnya blog phea tulis pasai resepi..hakhak saat-saat ciwi ada blog sendiri memang boleh membuatkan kita lupa diri!

hari ni phea genap 3tahun 2bulan 19hari..dia kat tadika. dan hari-hari dia akan nangis xmau p tadika. tak kata kat dia. abah dia dulu masa umoq macam dia tengah dok main bola hat diperbuat dari kertas soratkhabaq digulung bulat2 pastu dibalut dengan plastik..memang kreativiti budak2 dulu tidak dapat disangkal *huh! lama xpuji diri sendiri..

dia mula masuk tadika 6bulan lepas..masa tu umoq dia baru 2tahun lebih..tapi chegu taska dia kata dia dah reti baca semua, jadi kalau dok kat taska campoq dengan budak2 lain nanti dia jemu..so depa suggest dok tadika. owner yang sama.

tapi sejak itu lah phea asyik merengek pagi-pagi. kekadang merengek itu menjadi meraung dan melolong! lebih hiba, bila dia tak merengek tapi merintih..sob sob..*meleleh air hidung siot!

nak kata dia tak serasi, time amik petang kemain ceria..siap nyanyi macam2 lagu..lagu 1Malaysia pun ada..lagu "sudah cukup sudaahh" pun ada..cuma masalah tang nak hantaq pepagi..tak tahan oo tengok anak dok teriak lagu tu..serupa kita ni ada anak tapi time nak jaga lempaq bagi orang lain..lagu tu la hati kudus aku berasa..

kalau la apa yang aku aim dulu tercapai, probably aku sanggup ja resign keja gomen ni, dok umah bela anak..tapi disebabkan planning dulu tersangkut, maka nak tak nak kena keras hati mai keja..

ada kawan kata, "elok antaq anak kat tadika hat tak paksa dia belajaq sangat..nak main ka nak masuk kelas ka terpulang kedia.." memang betoi, tapi aku nampak dua benda: 

satu. dia akan jadi manja sgt bila asyik turut kata dia..esok2 aku jugak susah..

kedua. tadika hat aku berkenan tu jauh..memang la sehala dengan opis aku tapi untuk bawak phea travel 30minit tiap2 pagi macam nak kesian ja kat dia..letih oo..

tapi..nak biaq dia teriak pepagi pun macam satu penderaan jugak aku rasa..dan no wonder phea mcm nak lepas geram petang2 sebab dia akan buat perangai, aku cakap pun kadang2 dia buat tak reti..seolah2 dia nak kata "haaa..hangpa pandai antaq aku p tempat aku tak suka, la ni aku nak revenge!.." huhu..macam transformer plak!

entahlah..nak mai keja pun hati tak senang bila teringat anak dok teriak lagu tu..

15 June 2012

tukang oh tukang!

assalamualaikum. jumaat datang lagi. penuh barakah. penuh rahmat. maka kena banyakkan bersabaq..

ada dua (2) real case terjadi hari nie..dua-dua melibatkan tukang, cuma lain bangsa lain agama.

seorang tukang. melayu. janji nak render simen rabu, khamis pasang tiles so jumaat & sabtu tempoh untuk tiles betul2 kering sebelum projek mengecat mula petang sabtu sampai petang ahad. tapi..

sampai entry ni ditulis, taik hidung dia pun tak nampak. duit deposit dah ambik. barang tak nampak beli pun. dia pun ghaib p mana pun tak tau. makanya, projek yang lewat 3hari secara logiknya akan out of schedule. hampeh!

seorang tukang lagi. cina. dia janji nak p ukoq awning rumah member hari jumaat. pagi tadi pukul 9 dia telefon bagitau dah p ukoq dan bagi harga dia. siap bagi discount + special gift tiang chrome 3 batang! esok dia start order barang. deposit belum ambik sesen pun. dan aku expect by next week rumah member tu dah siap awning dia.

bukan nak kiasu. bukan nak kritik bangsa sendiri. patut Tun M sedih dengan kelaku anak bangsa. dah diberi peluang tak nak berusaha betul2. duit nak tapi kerja tak dak kualiti. in this case, aku pun dapat susah kalau rekemen tukang tak berdisiplin lagu ni kat member-member..walhal aku bukan dapat komisyen sekupang apa pun!

patutlah, kebanyakkan orang..kalau setakat harga tukang cina mahal dari tukang melayu dalam rm200-rm300, selalu depa prefer cina..sebab bangsa nie selalunya reti jaga masa & lebih tepati janji dari orang melayu sendiri..

patutlah depa lebih berjaya dalam bisnes..orang otak singkat ja nak keuntungan jangka pendek..orang bijak selalunya utamakan repeat sales..

tapi..bukan semua tukang melayu lagu tu..ada jugak yang lebih bagus dari cina cuma boleh dikira dengan jari saja..

p/s: nie kali ke 3 aku terkena dengan tukang melayu..alahai melayuku..

11 June 2012

Jom Jadi Buruh!

Assalamualaikum. Sejak masuk bulan 6, alhamdulillah sebok bebenor aku..tiap2 minggu penuh dengan pelbagai acara dan aktiviti..tu belum masuk upacara menelan makanan lagi tu..tp skool pun dah bukak, maka upacara menelan makanan secara percuma agak terhad..hakhak

start minggu lepas, aku bz dengan projek buruh binaan pulak..simen dgn tembok dah naik..ayah plak suruh ngecat tiang porch dgn dinding..belum abih keja ngecat, dia sudah booking untuk cat bumbung pulak..ayoyo..karawalle..makanya otomatik cuti jumaat, sabtu dan ahad (isra' mikraj) aku akan bizi..sapa2 nak cari, boleh p rumah ayah aku dan langut kat ataih bumbung rumah..hohhhoii!

minggu depan, mau roger ke changlun..umah one of my bestfriend..tolong ngecat umah..rasanya ada 3 bilik..bilik ayaq 2 ketoi kot..hall..dapoq..ada dan nak siap 2 hari..nak cat bagi tiptop meletop punya..FOC ja..minta dia belanja ayam kfc seketoi dua dengan pepsi twist jadikla..dengan kawan2 tak ble berkira..tp kalau nak bayaq tu, berlebih-lebihan la sikit *macam kekanda ali baba cakap daaa..haha

tapi, minggu ni dah nak kena tengok rumah dia..sebab dia nak pasang awning sekali..bajet menjadi musuh ketat kami..sedaya upaya aku try ngejas supaya tak over budget..kalau dapat murah, alhamdulillah kata tuan rumah..

la ni dok pikiaq cat apa nak boh kat dapoq dia..sebab kitchen kabinet dia kaler hitam..dok ingat nak boh kaler green apple..tak pun tangerine orange..nampak moden sket..tapi ikut selera tuan rumah laa.. 

 
sebab kabinet kaler hitam, maka cat green apple pada dinding akan dilihat sekufu dan cun! 
 kaler tangerine orange pun ok, cuma a bit gelap..shady daddy..tp cun jugak!

 
contoh kaler kat hall..banyak pepel sebab gua suka pepel..hakhak 

**ngecat ni kerja seni..kita nampak huduh takpa janji tuan rumah kata cantik..haha